NIAT YANG IKHLAS

Niat yang ikhlas, ikhlaskah niatku? Dengan salam aku mulakan, Setiap perbuatan kita buat dalam dunia tak lari daripada niat kan? Sama ada niat tu kita lafazkan atau kita sebut dalam hati. Ala kulli hal, semua yang berlaku yang dilakukan oleh manusia itu ada niatnya. Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan.

Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. Hadis yang pertama dalam himpunan Hadis 40 oleh Imam Nawawi ni cukup untuk memberitahu kita yang mana setiap amal perbuatan yang kita buat semua pon nanti akan berbalik kepada niat asal yang kita buat. Jadi sebab tu la kita sebagai seorang muslim digalakkan untuk perbaharui niat dalam kita membuat satu kebaikan tu. Kadang-kadang kita buat suatu perkara tu mungkin jadi niat dah berubah bila kita dalam halfway nk buat kerja tu. Namun, niat yang kita buat tu sendiri kita kena assess setiap masa. Perlu untuk kita pastikan, nk buat satu kebaikan tu kenapa..adakah sebab mmg ikhlas kerana Allah, ataupun, ada niat2 terselindung di balik tu. Kadang2 amal yang kita nak buat tu dah betul dah. Tp, sebabkan niat kita yang salah, maka rugi la amal tu. Tengok hadis ni pula: Daripada Abi Musa ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari r.a., berkata: “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi kerana fanatik perkauman dan yang ketiga kerana menunjuk-nunjuk; yang mana satukah di jalan Allah? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi, maka dialah yang berjihad di jalan Allah”. Riwayatnya disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim. So hadis ni specific dia kata, dalam satu amalan yang baik, 3 niat yang berbeza dan akhirnya satu jer yang Allah terima. At the end of the day, lebih2 lagi kita yang berjanji kepada Allah untuk beramal di jalanNya, tujuan dan niat kita bekerja tu takkan lari daripada untuk mencapai kemenangan untuk islam itu sendiri. Untuk itu, kita juga kena faham kan, dasar kita bekerja adalah iman dan ukhwah itu sendiri. Kita dan kawan-kawan yang lain buat kerja sebab nak capai kemenangan untuk islam. Bukan untuk pencapaian diri kita. Kita buat video, lawat adik-adik, pergi perbincangan mingguan atau pergi membantu adik-adik yang perlukan bantuan..semua tu kita buat atas dasar yang sama. Bukan untuk megahkan diri kita sendiri. Berbeza pula kalau kita buat kerja then kita rasa sangat tenang dan senang. Itu bukan riya’ dan berbangga diri. Ketenangan tu nikmat Allah bagi kat hati mereka yang bekerja ikhlas untuk menangkan agama dia. Kalau kita buat kerja, then kita rasa tak senang orang lain buat kerja lebih daripada kita dan kita rasa kecik hati or sakit hati..itu masalah namanya. Check balik niat kita. Kalau orang lain buat kerja lebih daripada kita, sama sekali tak boleh kita dengkikan. Jealous takpe., tapi mesti kena pada tempatnya dan berpada2, dan kita bertindak dengan kita bekerja sama kuat atau lebih kuat, bukan simpan rasa marah, dengki atau kecik hati yang tidak berasas. Jangan lupa, syaitan suka menenggek pada hati yang penuh dengan sifat emosi yang tidak dijaga atau cuba untuk dikawal. Jadi begitulah, yang mana kita kena selalu check niat kita dalam nak buat satu perkara. Sebab syaitan ni selalu jer menjenguk, mengintai peluang untuk dia masukkan perasaan dan pujukan yang akhirnya akan mudah merobek niat kita. Dalam pertengahan kita buat kerja pon syaitan sentiasa akan jenguk2. So kenalah kita selalu perbaharui niat kita, dan pastikan niat kita adalah untuk Allah, dan sama sekali bukan untuk diri kita. At the end of day..DIA yang akan menentu. Bukan kita pun. Akhirul Kalam..jom tenung2 niat kita, dan pastu terus beramal. Tenung2 smpi keluar bijik mata pun tak jalan juga

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s