KISAH KEHIDUPAN AISYAH RA

Riwayat Hidup Siti Aishah

Latar Belakang Dan Zaman Kanak-Kanaknya
Aishah Binti Abu Bakr telah dilahirkan di Mekah Empat (4) tahun selepas bermulanya misi Nabi Muhammad SAW (tugasnya sebagai Pesuruh Allah). Apabila Baginda wafat di Madinah, Siti Aishah baru mencapai usia 18 tahun. Namun, dalam masa sesingkat itu, beliau telah dapat menimba ilmu pengetahuan secukupnya untuk membolehkannya menjadi salah seorang cendekiawan Islam terkemuka pernah hidup di masa itu. Selain dari pengetahuannya yang luas mengenai Al Quran, Sunnah dan Figh (Fiqah), beliau juga terkenal dengan kefahamannya dalam bidang-bidang perubatan, sejarah dan puisi. Bagaimanapun, dengan kelebihan semua ini, Aishah mungkin lebih diingati sebagai isteri yang disayangi baginda Nabi SAW.

Beliau ialah anak perempuan daripada pasangan Abdullah bin Abi Quhafah, dikenali pada umumnya sebagai Abu Bakr dan Umm Ruman Bint ‘Amir Bin Uwaymir’. Abu Bakr yang membawa pengertian ‘bapa seekor unta jantan muda’, mempunyai sebilangan lagi nama-nama lain semasa hidupnya. Sebelum kedatangan Islam, beliau di panggil ‘Abdul Ka’bah’. Ibunya mempunyai beberapa orang anak tetapi semuanya mati semasa kecil lagi. Justeru itu, dia (ibunya) bernazar jika dikurniakan Allah SWT lagi seorang anak lelaki, beliau akan menamakannya ‘Abdul Ka’bah’ sebagai menghormati Baitullah. Apabila bertambah dewasa, Abdul Ka’bah juga dipanggil ‘Ateeq’ (yang terselamat) kerana terlepas dari kematian awal. Oleh kerana nama ‘Abdul Ka’bah’ (Khadam Ka’bah) tidak sejajar dengan ajaran dan semangat Islam, maka Baginda Nabi SAW menukar namanya itu kepada Abdullah. Walaubagaimanapun, dia masih dipanggil ‘Ateeq’ kerana apabila beliau memeluk Islam, Rasulullah SAW berkata kepadanya ‘kamu seorang yang terselamat dari ‘Api Neraka’. Abu Bakr dikatakan menerima gelaran terpuji ‘As-Siddeeq’ berikutan peristiwa ‘Isra’ dan Mi’raj’. Sementara kebanyakan orang enggan mempercayai peristiwa sedemikian berlaku keatas Nabi SAW, Abu Bakr tidak pernah meragui kebenaran itu.

Abu Bakr datang dari golongan bangsawan Quraish. Beliau memiliki pengetahuan yang baik tentang sejarah, bahasa, puisi dan asal kewujudan Negara Arab. Selain daripada aset-aset penting ini, dia juga dikenali sebagai seorang ahli peniaga yang begitu berjaya. Meskipun dengan kebijaksanaan dan kekayaannya, Abu Bakr tetap dengan sikap merendah diri, juga seorang individu yang peramah. Oleh itu, tidaklah menghairankan bahawa ramai diantara mereka (orang-orang Quraish) datang untuk meminta nasihat, bantuan dan sentiasa ceria berada bersamanya.


Dalam tahun-tahun sebelum Islam, Abu Bakr telah berkahwin dengan Qatlah Binti ‘Abdul’uzza’ dan mereka mendapat dua orang anak, Abdullah dan Asma. Tidak dapat dipastikan sama ada Qatlah pernah menerima Islam atau sebaliknua, bagaimanapun, isteri keduanya, Umm Ruman adalah seorang diantara orang-orang Mekah pertama yang menganuti Agama Islam. Beliau telah melahirkan dua orang cahaya mata, iaitu Abdul Rahman dan Aishah. Selepas memeluki Islam, Abu Bakr berkahwin dengan dua orang lagi perempuan – Asma Binti Umays dan Habibah Binti Kharijah.

Asma melahirkan anak lelaki bernama Muhammad dan Habibah, seorang anak perempuan, Umm Kalthum yang dilahirkan selepas kematiannya (Abu Bakr). Dari kesemua anak-anak itu, Aishah adalah satu-satunya yang mewarisi kebanyakan sifat-sifat keperibadian dan intelek cemerlang yang dimiliki bapanya.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s