KISAH KEHIDUPAN AISYAH RA

Riwayat Hidup Siti Aishah

Latar Belakang Dan Zaman Kanak-Kanaknya
Aishah Binti Abu Bakr telah dilahirkan di Mekah Empat (4) tahun selepas bermulanya misi Nabi Muhammad SAW (tugasnya sebagai Pesuruh Allah). Apabila Baginda wafat di Madinah, Siti Aishah baru mencapai usia 18 tahun. Namun, dalam masa sesingkat itu, beliau telah dapat menimba ilmu pengetahuan secukupnya untuk membolehkannya menjadi salah seorang cendekiawan Islam terkemuka pernah hidup di masa itu. Selain dari pengetahuannya yang luas mengenai Al Quran, Sunnah dan Figh (Fiqah), beliau juga terkenal dengan kefahamannya dalam bidang-bidang perubatan, sejarah dan puisi. Bagaimanapun, dengan kelebihan semua ini, Aishah mungkin lebih diingati sebagai isteri yang disayangi baginda Nabi SAW. Baca lebih lanjut
Iklan

Taat kepada Allah dan Rasulullah Saw

قل هذه سبيلي أدعو الى الله على بصيرة أنا ومن اتبعني وسبحان الله وما أنا من المشركين. (سورة يوسف آية 108).
Terjemahan Pimpinan Ar Rahman : Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”
Terjemahan Indonesia : Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.
Dalam ayat ini Allah Taala memberikan tunjuk ajar mereka yang hendak mengajak manusia kepada jalan Allah.
Ada beberapa ayat lain yang sama erti dengan ayat ini.
Dalam ayat ini Allah Taala memerintahkan Nabi Muhammad berkata “inilah jalan agama ku, jalan aku dan jalan orang-orang yang mengikut ku, aku dan orang-orang-orang yang mengikut ku menyeru kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti dan hujah yang jelas nyata”. Baca lebih lanjut